Tuesday, August 27, 2024

SEJARAH NAJLAA BABY SKINCARE

Setiap produk ada sejarahnya jom ikuti cerita Kewujudan Najlaa oleh founder:

Najlaa ini asalnya produk bayi yang dihasilkan untuk anak-anak saya sendiri. Simbolik perjuangan seorang ibu. Kisahnya begini, 2011 anak sulung saya lahir dan terkena sawan tangis yg serius, menangis teruk kuat-kuat dari jam 8.00mlm sehingga 8.00pagi esoknya. Selama 2 bulan.

Bayangkan... Letih hanya Tuhan yang tahu. Dalam tempoh 2 bulan ini saya bertemu bermacam-macam pengamal perubatan utk merawat Najlaa. Saya belajar bermacam ilmu dengan mereka...terutamanya tentang RUQYAH... since sawan tangis ni mengikut perawat islam gangguan syaitan.

Seorang Sheikh mengajar saya membuat minyak angin yang di Ruqyah...itu lah terhasil nya Herbal Oil hari ni. Sheikh yang mengajar saya buat minyak angin ini merupakan manusia berakhlak mulia yg tidak menerima wang sebagai upah dalam merawat org sakit. Berkali kali saya berusaha memberikannya wang sebagai tanda terima kasih merawat anak saya namun…

" saya bimbang jika saya menerima wang ini... Hati saya sakit dengan cinta kepada dunia...Lalu menjauhkan saya dari Allah" Begitulah, Hebatnya... orang-orang yg menemani perjalanan wujudnya NajLaa Baby Skincare.

Seterusnya, seusia 3 bulan Najlaa mengalami eczema. Saya masa tuu tak tahu... Cream eczema yang saya gunakan Steroid... Kulit Najlaa jadi menipis, kemerahan dan Nampak urat. Bila tanya Doktor ...baru saya tahu tentang steroid. Sebelumnya saya ada belajar, namun tidak menjangka begitu sekali akibatnya.

Saya ni dietitian atau pakar pemakanan. Jadinya saya tahu...nutrien vitamin yg boleh digunakan untuk merawat Eczema atau sakit-sakit kulit. Tapi camne nak tonyoh nutrien vitamin ni ke kulit... Ambik buah sayur tonyoh ke bagaimana. Bau hanyir budak tuu

Itu saya fikir... Saya kena tahu bagaimana nak menghasilkan CREAM. Saya rujuk sana sini utk buat cream...tapi tak beberapa nak jadi elok. Lalu saya bertekad...menghabiskan ribuan ringgit belajar KOSMETIK dgn pakar kosmetik dunia masa kini Prof. Dr Rigano. Saya masih ingat...soalan Prof:

"What dietitian do in my class?"
"I do not come here as dietitian... I come here as a mother... My doter has eczema... I want to make natural cream to treat her eczema"

Kawan-kawan dalam class saya tuu...daripada jenama-jenama besar seperti Loreal, Hovid dan sebagainya. Alhamdulillah diorang banyak tolong terangkan what do and dont to produce natural produk.

Balm Najlaa merupakan produk paling popular... Dihasilkan untuk adik Najlaa iaitu Uwais Al Qarni. Uwais dijangkiti batuk selsema pada usia 3 bulan sehingga di masukkan ke hospital. Saya memang tak tabah tegok prosedur buang kahak. Allahu ... Tegok wire dimasukkan kot hidung...sedut kahak...ada darah lagi dlm wire tu. Nangisss saya... tahu Uwais sakit... tapi tak dapat tolong... Mampu teriak sama je hu hu

Malam hari bila Uwais tidur...Saya study herba-herba untuk batuk selsema... Kumpul herba dan buat balm untuk Uwais. Maka terhasil lah Baby Balm seperti hari ni. Itu lah kali terakhir anak- anak saya menghuni hospital...Alhamdulillah

Produk Najlaa bukan produk yang sengaja kita ada-adakan utk mengaut keuntungan. Produk Najlaa wujud kerna Cinta seorang ibu... Perjuangan luar biasa. Sebab tuu matlamat Najlaa Baby Skincare dan team members Najlaa pun luar biasa...membawa harapan untuk kanak2.

Itu lah SEJARAH NajLaa Baby Skincare. Produk Homemade oleh seorang Ibu yg juga merangkap sebagai Dietitian dan Cosmetic Formulator.

🌷🌷🌷





No comments:

Post a Comment