CACAR AIR (CAMPAK) ATAU CHICKEN POX adalah Penyakit yang sangat berjangkit disebabkan oleh virus varicella-zoster (VZV). Seseorang yang dijangkiti cacar air biasanya berlaku dalam tempoh 4-7 hari. Lazimnya, selepas jangkitan pertama, virus tersebut akan berubah menjadi tidak aktif atau pendam (dormant)dalam sistem saraf (nerve) pesakit yang dijangkiti. Jika system imun lemah penyakit ini boleh muncul semula (kembali aktif) dan dikenal sebagai Herpes Zoaster.
Virus varicella-zoster (VZV) merebak dengan mudah
daripada orang yang menghidap cacar air kepada orang lain yang tidak pernah
menghidap penyakit tersebut, ia adalah penyakit airborne.
PENJAGAAN DAN RAWATAN CHICKEN POX
Penjagaan anak-anak yang dijangkiti cacar air (chicken pox)
memang meletihkan dan memerlukan kesabaran ibubapa. Tambahan pula jika lebih
dari seorang anak yg dijangkiti pada masa yang sama.
Berikut adalah beberapa tips penjagaan anak yang dijangkiti
chicken pox:
- Peka
dengan gejala seperti ruam (ruam merah diikuti gelembung air) dan tahap
kesihatan yang merosot (kurang selera makan, demam, kurang aktif, sakit
kepala, kerap meragam).
- Sekiranya
gejala chicken pox dikesan awal, rawatan dengan antiviral (Acyclovir)
dalam tempoh kurang daripada 48 jam membantu mengurangkan tahap keseriusan
gejala dan tempoh masa penyakit (lebih pendek).
- Rawatan
antiviral ini biasanya diberi 5 kali sehari. Anda perlu praktikal dan
tidak perlu rigid untuk memberi ubat setiap 4 jam 48 minit. Untuk
memudahkan ibubapa, dicadangkan untuk memberi pada pukul 7 mlm / 11 mlm /
7 pagi / 11 pagi / 3 ptg. “7-eleven, 7-eleven, 3”.
- Kuarantin
anak-anak anda daripada orang lain, terutamanya kanak-kanak, wanita hamil
dan orang tua. Tidak boleh ke taska, sekolah, pusat membeli belah, taman
permainan, kenduri kendara. Cecair lepuhan mampu menularkan virus chicken
pox (Varicella zoster) kepada orang yang mempunyai imuniti yang lemah.
- Sediakan
aktiviti bermanfaat kepada anak-anak dalam tempoh kuarantin ini kerana
anak-anak akan mengeluh betapa bosannya duduk di rumah tanpa aktiviti
yang bermanfaat.
- Ibu
bapa perlu sedia dengan menu seminggu dan bersedia untuk masak sendiri di
rumah. Pastikan makanan berkhasiat untuk menjamin kesihatan dan pembekalan
tenaga kepada anak-anak yang sedang melawan virus ini. Berkenaan mengelak
makanan berkicap dan berminyak, tiada bukti saintifik dalam perubatan
tetapi perkara ini tidak mengganggu kesihatan anak-anak jika diamalkan.
- Selera
anak-anak akan merosot dalam tempoh penyembuhan. Walaupun jumlah makanan
yang diambil sedikit, pastikan ianya kerap. Pastikan anak-anak dihidrasi
secara berterusan. Elakkan “junk food”. Tawarkan alternatif kepada anak
seperti roti + jem, oat + susu, sandwic, popia, pisang, minuman susu
kultur, jus oren, keju dan lain-lain.
- Mandi
secara kerap untuk memastikan kebersihan anak-anak. Sapukan calamine
lotion untuk mengelakkan rasa “miang” atau rengsa pada anak-anak.
- Ubat
antihistamine penting untuk mengurangkan rasa rengsa/gatal di samping
mempunyai kesan sedatif (kesan mengantuk) supaya anak-anak mempunyai rehat
yang cukup dan kurang menggaru untuk mengelakkan jangkitan bakteria
sekunder dan penularan virus kepada orang lain.
- Pastikan
kuku anak-anak bersih dan pendek.
- Pesakit
kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan: 1) Herbal Oil sebagai pembunuh
kuman 2) Herbal Cream untuk mengecut dan menhilangkan campak 3) Serum
Collagen untuk memudarkan parut 4) Fresh Soap untuk mandian antiseptic.
Anda boleh mendapatkan produk dari Agen berdekatan atau secara online.
- Ibu
bapa perlu bersedia mental, fizikal dan kewangan untuk menghadapi saat
ini. Ragam anak-anak dalam tempoh ini amat sukar dijangka kerana badan
mereka tidak selesa. Ibu bapa perlu luang lebih banyak masa melayan dan
memastikan rawatan anak-anak tidak tertinggal serta tepat waktu.
Berbincang dengan majikan sekiranya memerlukan cuti utk menjaga anak-anak.
Yang pasti, kedua-dua ibu dan bapa perlu ambil peranan aktif dalam
penjagaan anak-anak ini.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Usah mengeluh kerana
ini adalah pengalaman berharga anda sebagai ibu bapa. Anak anda akan membesar
dengan lebih sihat kerana mereka akan mempunyai antibodi terhadap virus
Varicella zoster selepas jangkitan ini. Anak anda kini mempunyai imuniti yg
lebih kebal terhadap virus ini dan mengurangkan kebarangkaliannya mendapat
jangkitan chicken pox kali kedua.
No comments:
Post a Comment