“TOILET TRAINING ATAU POTTY TRAINING” ialah proses mengajar kanak-kanak menggunakan tandas. Ia merupakan peristiwa penting bagi membantu kanak-kanak menjadi lebih berdikari.
BILA NAK MULA
Biasanya kanak-kanak tidak boleh mengawal rasa ingin membuang (tindakkan reflex semata-mata) sehingga usia satu tahun, disebabkan itu mereka perlu menggunakan lampin. Kanak-kanak biasanya bersedia untuk Toilet Training pada umur satu setengah sehingga 3 tahun.
Ciri kanak-kanak yang bersedia untuk Toilet Training seperti:
- 1) boleh mengikut arahan,
- 2) memahami penggunaan tandas, dan
- 3) pastikan lampin kering selama beberapa jam.
- 4) Anak tidak lagi selesa membuang ke dalam lampin, merasa geli dan tidak suka
- 5) Anak tidak lagi mahu menggunakan lampin
BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN
- Buat rutin ke tandas sepanjang hari. Contohnya ke tandas 1-2 jam selepas makan dan minum.
- Bawa anak anda ke tandas apabila mereka memberitahu ingin ke tandas.
- Gunakan kerusi tandas dengan sokongan belakang dan sandaran tangan supaya anak merasa selamat. Ajar bagaimana untuk flush setelah selesai.
- Tanyakan kepada anak, samada dia rasa ingin terkencing atau terberak, bawa ke tandas jika mempunyai symptom. Ini melatih anak mengenal rasa ingin membuang.
- Hentikan penggunaan lampin disiang hari. Galakkkan anak ke tandas jika ingin membuang. Setelah pandai, mungkin anda perlu menghentikan penggunaan lampin diwaktu malam.
- Pastikan latihan tandas positif.
FAEDAH
Latihan tandas membantu kanak-kanak mengembangkan harga diri.
Ia juga memberi kebebasan kepada penjaga daripada lampin dan kebimbangan pembuangan najis dimerata-rata tempat.
APA YANG ANDA TIDAK BOLEH LAKUKAN SEMASA TOILET TRAINING?
- Toilet Training tidak boleh dilakukan dalam suasana anak tidak bersedia. Contohnya ketika majlis kenduri, perjalanan panjang, kerana dia tidak tahu dimana toilet.
- Jangan lakukan ketika anak belum bersedia.
- Jangan marah anak seandainya dia tidak sempat ke tandas, lalu membuang dilantai. Sabar dan ajar anak untuk mengawal diri.
- Jangan paksa anak kencing atau membuang najis, jika dia tidak mempunyai rasa untuk membuang.
- Jangan guna ubat-ubatan atau laxative sebagai alat bantu Toilet Training.
PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL
Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA
No comments:
Post a Comment