Memandikan Bayi Mampu Mengeratkan Hubungan. Memandikan anak juga dapat menjadi salah satu medium ‘bonding’ yang baik antara bayi dan ibu bapa. Maka, seeloknya para lelaki atau ayah juga turut mengambil bahagian dalam menguruskan bab mandian bayi. Awalnya memang kekok, namun anda pasti akan mahir selepas beberapa kali mempraktikkan cara memandikan bayi baru lahir yang dinyatakan ini, ia pasti akan menjadi lebih mudah. Jangan risau ya!
Pelbagai pendapat tentang waktu memandikan bayi, kami
cadangkan untuk bayi baru lahir 1-2 kali sehari. Jangan terlalu kerap dan
jangan menggunakan sabun biasa kerana kulit bayi mudah rengsa. Cara Memandikan
Bayi Baru Lahir, Untuk Ibu Bapa Baru. Berikut langkah demi langkah.
1. KELENGKAPAN MANDI
Pertama sekali, pastikan kelengkapan mandian bayi disediakan
di tempat yang mudah dicapai supaya kita dapat fokus semasa memandikan bayi.
Kecuaian boleh berlaku jika kita terpaksa bangun mengambil barang-barang yang
terlupa diletakkan di sisi.
Antara kelengkapan yang diperlukan adalah:
Bakul barang mandian yang terkandung Sabun Mandi (kami
syorkan FRESH SOAP Najlaa atau MULTI-WASH Najlaa yang neutral dan sesuai untuk
kulit sensitive serta boleh digunakan sebagai shower bath dan syampu sekaligus,
jimat wang anda )
Besen mandi
Pengalas besen mandi
Hindari tali pusat bayi daripada terkena air ketika mandi. Elakkan merendam bayi terlalu lama jika tali pusat bayi belum mengering. Anda boleh membersihkannya menggunakan kain lembut dan halus untuk mengusap-usap tubuhnya.
2. CARA MEMANDIKAN BAYI BARU LAHIR DENGAN SUHU AIR YANG
SESUAI
Isikan air di dalam besen dalam kira-kira 3 inci air.
Gunakan siku untuk merasa kepanasan air mandian. Jika menggunakan termometer,
suhu 37 darjah Celcius adalah paling sesuai untuk menghangatkan badan bayi.
Jangan mandikan bayi dengan pili air yang mengalir. Tindakan
ini bahaya kerana dikhuatiri membuatkan bayi terlemas atau tergelincir.
Pada minggu pertama kelahiran bayi, sebenarnya adalah memadai untuk membersihkan bayi dengan hanya mengelap menggunakan tuala bersih yang dibasahkan.
3. BERSIHKAN BAHAGIAN SULIT
Pastikan bahagian sulit dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimandikan dalam besen. Basuh dengan teliti dan bilaskan dengan air bersih. Jika perlu, sabunkan dengan FRESH SOAP.
4. MULAKAN DARI ATAS
Mandikan bayi bermula dari kepala ke bawah, depan dan
belakang.
Boleh gunakan sabun tetapi jangan terlalu kerap kerana kulit
bayi yang lembut tidak perlu banyak cucian. Gunakan jari atau kain lembut yang
basah untuk bersihkan bahagian muka. Tumpukan pada bahagian mata dan bawah
hidung.
Cuci rambut. Jika bayi mempunyai Kerak kepala. 30 minit
sebelum mandi sapukan dengan NUTRIEN OIL Najlaa, supaya Kerak kepala lembut dan
mudah dibuang semasa mandi, dalam masa sama meransang pertumbuhan rambut baru.
Semasa mandi syampu kepala dengan MULTI-WASH Najlaa dan tanggalkan kerak kepala
dengan kain yang lembut.
Jika kotoran pada hidung dan mata masih keras, lalukan beberapa kali dengan air supaya lebih lembut dan mudah dibersihkan. Jangan lupa untuk bersihkan pada luar telinga dan bahagian belakangnya untuk hilangkan kotoran. Tidak perlu bersihkan dalam telinga kerana takut dapat merosakkan gegendang telinganya.
5. BERHATI-HATI
MENYOKONG TENGKUK BAYI SEMASA MANDI
Angkat bayi berhati-hati dengan menggunakan sebelah tangan
untuk menyokong tengkuk dan sebelah lagi pada pinggulnya. Setelah selesai, balut
bayi dengan tuala kering.
Seeloknya, biarkan dahulu barangan mandian tanpa perlu mengemasnya kerana anda perlu memakaikan bayi dengan lampin dan pakaian dengan segera sebelum bayi kesejukan.
6. KELENGKAPAN SESUDAH MANDI
Sediakan pakaian baru yang simple dan selesa, lampin serta
kelengkapan sesudah mandi. Boleh juga sediakan tikar getah bayi untuk elakkan
bayi tergelincir ketika memakaikan baju untuknya.
7. PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL
Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA
Semoga membantu.
Credit to : Pantangplus
No comments:
Post a Comment