Sunday, March 2, 2025

CARA MENGATASI "TANTRUM" DAN 7 PUNCA MENGAPA ANAK MENGAMUK

Menangani anak tantrum

Anak tantrum, buat perangai, merengek, meragam, tidak mendengar kata, bahkan mengamuk boleh dikatakan perkara biasa terjadi. Namun dalam keadaan anda sebagai ibu bapa yang mungkin letih dan penat bekerja, apa yang dilakukan anak itu boleh menyebabkan hilangnya rasa sabar.

Tetapi mengapa anak berkelakuan sebegitu? Apakah sebabnya?

Untuk menjawab persoalan itu memerlukan anda untuk menyiasat, mencari punca yang mencetuskan perangai Tantrum si kecil.  Apakah ia disebabkan oleh sikap dan kesilapan anda sendiri? Biasanya Tantrum

Cara mengatasi anak tantrum

Jangan terkejut ya jika sikap anak yang suka memberontak itu hakikatnya berpunca daripada diri anda sendiri sebagai Ibu Bapa mereka.

Berikut antara beberapa kesalahan ibu bapa dan cara mengatasi anak tantrum:

1. Ibu bapa terasa jauh

Ibu bapa dalam kategori ini kewujudannya hanyalah secara fizikal tetapi lebih sibuk menghadap telefon, tugasan kerja atau hobi. Mereka hanya memenuhi keperluan fizikal anak seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal anak (Tidak Menjaga Emosi/ pertalian rapat)

Kita perlu selalu ada dengan anak, bermain dan melakukan aktiviti bersama, memenuhi keinginan emosi anak untuk merasa dikasihi dan dilindungi.

2. Terlalu mengawal

Anda mungkin bersikap terlalu Mengawal. Tetapi anak yang dibesarkan dengan cara ini dipercayai lebih kerap memberontak terhadap ibu bapa mereka, selain sering mengalami kegelisahan dan ketakutan untuk membuat kesilapan.

Untuk menangani anak tantrum ini adalah dengan elakkan daripada terlalu mengawal pergerakan anak. Biarkan anak bebas beraktiviti tetapi masih tetapkan had untuk mereka ikuti.

3. Kurangkan menjerit sebagai cara mengatasi anak tantrum

Kesalahan paling biasa dilakukan ibu bapa adalah menengking anak. Sebagai ibu bapa, kita mungkin berasa jeritan sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan anak. 

Tetapi hakikatnya kanak-kanak yang sering ditengking sering berasa tidak selamat serta lebih agresif secara fizikal dan lisan. Anak juga belajar bagaimana untuk menjerit dan menenking dari kita

4. Ganjaran atau Manjakan

Setiap ibu bapa pasti mempunyai pengalaman anak mengamuk ketika berada di mall.  Antara cara menangani anak tantrum yang sering digunakan adalah ‘merasuah’ mereka dengan sesuatu agar rengekan atau amukan berhenti, betul tak? Atau memberi apa sahaja yang mereka minta.

Tetapi ia cumalah penyelesaian sementara sahaja.

Apa kata anda fokus untuk lebih mendengar anak secara aktif dan memahami keperluan mereka.

Hadkan pemberian ganjaran hanya sebagai balasan baik untuk pencapaian cemerlang dan kelakuan baik mereka. Berikan lebih pujian untuk tingkah laku positif dan baik.

5. Tiada batasan atau Disiplin

Mungkin kedengaran idea yang baik untuk membiarkan anak bebas meneroka tanpa batasan. Tetapi kesannya boleh mengakibatkan mereka ralat dalam memikul tanggungjawab, sukar mengawal dan mendisiplinkan diri.

Cara mengatasi anak tantrum: Wujudkan batasan tetapi bukan mengawal. Ia mengajar anak untuk menguruskan kehidupan berdasarkan peraturan di sekeliling mereka. Contohnya mereka perlu mandi pada waktu pagi, makan tengahari pada pukul 12pm, solat awal waktu.

6. Menjadi sahabat anak? Ini bukan cara mengatasi anak tantrum

Apabila cuba menjadi sahabat dan bukannya ibu bapa, secara tidak langsung tiada lagi keperluan untuk anak menganggap anda sebagai contoh teladan untuk diikuti.Ia juga meletakkan anda setara dalam hubungan dengan anak-anak daripada mempunyai hubungan ibu bapa-anak.

Sebaiknya, walaupun akan ada masanya timbul perselisihan faham dengan anak, teruskan untuk menjadi ibu bapa dan bukannya rakan mereka.

7. Memalukan anak

Jangan sebut kelemahan anak dihadapan orang ramai. Ia menyebabkan mereka sedih, tidak lagi percaya kepada kita, marah, memberontak dan merosakkan hubungan ibu-bapa-anak.

Contohnya Berkongsi gambar anak dengan momen yang kurang menyenangkan boleh menjadi perkara yang memalukan buat mereka. Anda juga harus mengelak daripada menuturkan ayat seperti “Mama penat melayan kerenah awak”. Anda mungkin tidak sengaja memalukan anak apabila berada dalam kekecewaan. 

Anda perlu meminta maaf dengan segera kepada anak jika bersikap demikian.

__________________________________

"Kecantikkan sempurna dari alam semulajadi, disempurnakan oleh herba. Produk Najlaa dibangunkan dengan teliti oleh pakar pemakanan, dari gabungan campuran ektraks botani. Dicipta eklusif untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak, dengan kombinasi unik ektraks herba, minyak bunga, lilin lebah dan sebagainya, diperkayakan dengan Vitamin A,E,C bagi membantu meningkatkan kesihatan anak anda. Produk Penjagaan Bayi Yang Berkesan, Selamat dan Semulajadi untuk Si Kecil anda. Yang lain bukan tak bagus, tetapi inilah yang Terbaik. Produk penjagaan kulit yang menyelesaikan banyak masalah dengan izin Allah."

Rangkaian Asas Penjagaan Bayi: 1) Herbal Oil 2) Essence Rub (Baby Balm) 3) Nutrien Oil 4) Nourish Lotion 5) Serum Collagen 6) Sooth (Herbal) Cream 7) Multi Wash 8) Fresh Moisturizing Soap


Credit to : Hellodoctor

No comments:

Post a Comment