Monday, March 24, 2025

CARA 'MEMOTONG KUKU' BAYI BARU LAHIR

TIPS SEBELUM MEMOTONG KUKU BAYI

1-Gunakan Alat Pengetip memotong kuku untuk bayi . Jika perlu sediakan alat pengasah kuku, supaya kuku tidak tajam setelah dipotong.

2-Cari kedudukan yang baik: Duduk di dalam rocker, letakkan bayi di pangkuan anda atau baringkan si manja di atas katil semasa mereka tidur. Cari tempat yang sesuai untuk anda duduk dengan selesa.

3-Pencahayaan. Jangan cuba memotong kuku bayi anda di dalam bilik yang bercahaya malap, walaupun mereka sedang tidur. Untuk mengelak terpotong jari bayi.

4-Pastikan bayi duduk diam. Semakin banyak tangan mereka bergerak, risiko untuk anda terpotong isi kuku secara tidak sengaja akan meningkat. Jika bayi kelihatan gugup, bercakap atau menyanyi semasa anda sedang memotong kuku.

5-Potong kuku selepas mandi. Supaya kuku lebih lembut dan mudah untuk dipotong. Kadangkala kuku yang tidak lembut, jika dipotong boleh membahayakan bayi

CARA POTONG KUKU BAYI 

Ini yang anda perlu lakukan:

1-Pegang jari bayi dengan baik. Kuat tetapi lembut, hanya jari yang perlu dipastikan tidak bergerak.

2-Tolak hujung jari si manja secara perlahan-lahan. menggunakan jari anda. Ini dapat mewujudkan sedikit ruang untuk alat pemotong kuku.

3-Lakukan potongan kecil pada kuku – pastikan ia tepat atau di atas garis kuku putih. Jangan terlalu pendek. Untuk kuku kaki pula, lakukan langkah yang sama seperti di atas. Tetapi pastikan kuku dipotong secara lurus dan bukannya melengkung.

4-Jangan menarik kuku bayi. Walaupun bahagian kecil, elakkan daripada melakukannya. Ia boleh meningkatkan risiko kuku terkoyak besar dan luka pada bayi.

PENGGUNAAN PRODUK PENJAGAAN KUKU

Untuk pertumbuhan kuku bayi yang sihat boleh gunakan Nutrien Oil, urut pada jari jemari bayi. Jika jari bayi lenguh boleh urutkan dengan Herbal Oil Najlaa yang direka khas menggunakan herba perubatan bersifat kesembuhan.




No comments:

Post a Comment