Tuesday, March 25, 2025

CARA TIDURKAN BAYI DENGAN MUDAH

Dalam satu kajian saintifik yang diterbitkan pada tahun 2017, didapati bahawa tidur bayi dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif dan fizikal bayi. Semasa bayi anda sedang tidur, mereka tidak hanya mengumpul balik tenaga tetapi pada masa yang sama, ia membenarkan otak mereka menyerap apa yang telah mereka pelajari dan temui pada hari itu. Sesungguhnya, perkembangan otak berlaku ketika mereka sedang tidur.

Jumlah tidur yang diperlukan bayi berbeza-beza bergantung pada usia mereka. Bayi yang baru lahir, misalnya, tempoh waktu tidur yang diperlukan adalah di sekitar antara 14 hingga 19 jam dalam jangka waktu 24 jam. Tetapi kebiasaannya, waktu tidur bayi yang baru lahir adalah pendek, bangun setiap 1 hingga 2 jam untuk menyusu badan atau setiap 3 hingga 4 jam untuk minum susu daripada botol. Pada masa bayi anda berusia 1 tahun, mereka memerlukan 12 – 14 jam tidur dalam tempoh 24 jam termasuk satu atau dua jam tidur pada waktu siang (nap time).


PERKARA PENTING UNTUK BAYI TIDUR

American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan perkara-perkara yang berikut bagi memastikan bayi berada di dalam keadaan selamat ketika tidur. 

  1. Bayi tidur di dalam keadaan terlentang. 
  2. Tidur pada permukaan yang rata dan kukuh.
  3. Jangan letakkan benda yang longgar dan lembut bagi mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut. 
  4. Berkongsi bilik yang sama dengan ibu bapa, dan tidur dekat dengan ibunya untuk memberi rasa nyaman dan selamat serta perhubungan yang baik dengan ibu bapa.


TANDA-TANDA KURANG TIDUR PADA BAYI

Apabila bayi tidak mendapat cukup tidur akan menyebabkan bayi meragam pada siang hari dan menganggu kehidupan ibu. Beberapa tanda berikut dapat membantu anda mengenal pasti samada bayi anda mendapat cukup tidur ataupun tidak: 

  1. Kurang berminat dengan orang di sekitar dan permainan.
  2. Suka menarik telinga dan menggosok mata. 
  3. Kelopak mata kerap bergerak (tutup buka mata). 
  4. Menguap. 
  5. Tidak memandang/tidak memberi tumpuan terhadap perkara/aktiviti yang merangsangkan. 
  6. Ingin lebih perhatian.


CARA TIDURKAN BAYI DENGAN MUDAH YANG BERKESAN

  1. Pastikan ruang tidur yang selesa
  2. Bedungkan bayi anda. Amalkan membalut/membedung bayi anda dengan kemas. Keadaan ini menjadikan bayi berasa selesa seperti ketika mereka di dalam rahim mama. Sangat membantu untuk menjadikan bayi berasa tenang dan mengurangkan refleks yang mengejutkan ketika bayi sedang tidur
  3. Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Suhu sesuai untuk bayi 22-25 celcius.
  4. Mandikan bayi dengan air suam sebelum tidur.
  5. Jauhkan bayi daripada alatan elektronik (gadget) seperti TV, Komputer, Telefon kerana alatan tersebut menyebabkan tidur bayi terganggu.
  6. Elakkan bertentangan mata (eye contact) kerana ia boleh menyebabkan bayi aktif dan tidak mahu tidur.
  7. Hadkan waktu tidur siang, untuk membantu mereka tidur lebih nyenyak pada waktu malam.
  8. Malapkan lampu bilik . Cahaya lampu yang terang boleh menganggu kualiti tidur manusia, oleh itu malapkan lampu, bilik yang gelap menggalakkan rembesan hormone melatonin, yang membuatkan tidur nyenyak.
  9. Bunyi Muzik. Bunyi muzik yang aman dan tenang boleh membantu bayi anda tidur, seperti muzik meditasi atau bacaan Al-Quran.
  10. Tepukan Belaian dan Urutan membantu bayi anda untuk tidur lena. Anda boleh menggunakan Nutrien Oil Najlaa untuk mengurut bayi, dicampur beberapa titis Herbal Oil Najlaa memberi kesan yang lebih baik untuk bayi
  11. Mengendong bayi, mereka lebih dekat dengan penjaga, bunyi degupan jantung anda membuatkan mereka merasa aman untuk tidur.
  12. Buaian atau tidur dalam kereta yang dipandu. Ayunan membuai mereka untuk tidur lena.

Credit to : Mama Choice, the Asia parent

No comments:

Post a Comment