Thursday, August 21, 2025

CARA ATASI COLIC (TANGISAN PANJANG)

Apa itu kembung perut (Colic)?

Istilah Colic biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis berterusan disebabkan oleh sakit perut. Diagnosia ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:

Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.

Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.


Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?

Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :

  • Usus: Alah kepada protein susu lembu. Alah kepada laktosa.
  • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan.
  • Ketidak selesaan disebabkan “angin”.
  • Sembelit
  • Biologi: Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  • Psikososial: Ibu bapa yang tertekan.
  • Lain-lain: Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?

Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut. Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut? Bayi akan selalunya :

  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Diikuti kekejangan tangan dan kaki.
  • Tiada muntah, demam atau tanda-tanda penyakit lain

Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?

  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan. Jika anak anda kembung perut :

  • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
  • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
  • Kurangkan persekitaran yang bising
  • Bawa bayi anda bersiar-siar

JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA

Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya. Dapatkan nasihat doktor jika :

  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

Jika bayi anda menghisap susu botol: Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.

Jika bayi menyusu badan : Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis, dan kafein.

Apakah ubat yang boleh membantu?

  • Anda boleh mencuba Herbal Oil Najlaa untuk mengatasi masalah Kembung Perut. Sapu pada perut, tapak kaki, betis dan belakang bayi

Penulis :Dr. Irene Cheah Guat Sim, Dr. Lim Sern Chin (myhealth.gov)

Friday, March 28, 2025

TEKNIK MENGHENTIKAN BAYI MENANGIS

Bayi kerap menangis adalah isyarat penting, satu-satunya alat komunikasi pada awal kehidupan mereka. Normal untuk bayi menangis selama 2–3 jam sehari pada enam minggu pertama. Semasa tiga bulan pertama kehidupan, mereka akan menangis lebih banyak daripada masa lain.

Pelbagai perkara boleh menyebabkan bayi menangis, seperti:

  1. Kelaparan
  2. Lampin yang kotor atau basah
  3. Keletihan
  4. Mahu didukung atau dipeluk
  5. Terlalu panas atau terlalu sejuk
  6. Kebosanan
  7. Rangsangan berlebihan (overstimulation)

BAYI KERAP MENANGIS KERANA KOLIK?

Sesetengah bayi menangis lebih banyak dan lama berbanding yang lain. Bayi yang menangis lebih daripada tiga jam sehari, dengan kekerapan lebih daripada tiga hari seminggu dan berlanjutan sekurang-kurangnya tiga minggu mungkin mengalami kolik.

Kolik cenderung berlaku kepada bayi baru lahir. Biasanya, ia bermula apabila bayi berumur 2-5 minggu dan berakhir pada masa bayi berumur 3-4 bulan.

PERGERAKAN PERLAHAN

Salah satu cara pujuk bayi menangis adalah dengan mendukung si kecil dalam pelukan atau diletakkan di dalam rocking chair dan melakukan gerakan perlahan. Ia boleh memberikan impak mendamaikan dan menenangkan.

Biasanya pada bulan-bulan pertama kehidupan, si kecil masih tidak tahu cara untuk menenangkan diri. Jadi, dengan membawa mereka menaiki kereta atau menggunakan kereta sorong juga boleh membantu menghentikan tangisan.

BEDUNG DAPAT ATASI BAYI KERAP MENANGIS

Membedung bayi turut dapat meredakan tangisan mereka kerana boleh memberikan keselesaan dan membuatkan si kecil berasa lebih selamat. Kaedah lain seperti kangaroo care – sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi yang dipakaikan lampin serta diselimuti – dapat membuatkan si kecil selesa.

URUTAN BAGUS UNTUK BAYI KERAP MENANGIS

Sapukan Nutrien Oil Najlaa pada bayi dan berikan urutan lembut. Dalam masa yang sama, cuba untuk ‘berbual’ dengan tenang bersama si kecil. Gunakan sentuhan yang lembut, tetapi pastikan ia cukup kuat untuk tidak membuatkannya berasa digeletek. Kadangkala bayi menangis disebabkan masalah perut kembung. Membiarkan bayi meniarap membolehkan tekanan pada bahagian perutnya untuk meredakan angin dan rasa perut kembung.

CARA PUJUK BAYI MENANGIS PENYUSUAN & PUTING

Sesetengah bayi akan berasa tenang jika menyusu. Jadi anda boleh melakukan penyusuan susu badan sekiranya si kecil menangis. Penggunaan puting kosong juga boleh membantu menenangkan diri mereka.

GENDONG BAYI DI DEPAN

Menggendong bayi dan berjalan-jalan adalah cara terbaik untuk menenangkannya. Bayi sangat suka menikmati rasa kedekatan dan rima langkah anda. Carrier atau sling juga sesuai digunakan agar tangan anda bebas melakukan sebarang perkara. Hadapkan bayi anda kepada badan anda menggunakan carrier atau sling untuk 3 bulan pertama apabila anak anda memerlukan sokongan kepala. Jika bayi anda tidak selesa digedong menggunakan carrier atau sling, jangan berputus asa. Bayi biasanya akan membiasakan diri dan suka digendong sebegini.

DODOI BAYI DALAM BUAIAN

Mendodoikan bayi dengan buaian mungkin merupakan salah satu rutin alam keibubapaan yang sukar ditinggalkan. Zaman moden ini juga menawarkan beberapa pilihan membuai tanpa menggunakan tangan seperti menggunakan buaian bayi automatik. Pastikan anda mematuhi arahan keselamatan yang dinyatakan pengeluar berkaitan umur dan berat yang sesuai untuk alat ini. Cuba jangan biarkan bayi anda terbiasa tertidur dalam buaian kerana ini mungkin menyebabkan bayi bergantung kepada pergerakan buaian untuk tidur. Sebaliknya, biarkan bayi hampir terlelap dan kemudian pindahkan bayi ke katil.

NYANYIKAN LAGU ATAU ZIKIR

Jangan risau, bayi anda tidak akan tahu jika pitching anda lari atau suara anda sumbang. Menyanyikan lagu untuk anak anda membina rasa selamat dalam dirinya kerana anda ada bersamanya. Jadi, apabila bayi anda mula menangis, jangan teragak-agak untuk menyanyikan lagu atau melantunkan zikir agar bayi berasa lebih terpujuk.

MANDIKAN BAYI

Sekiranya bayi anda sering terdiam menyukai waktu mandi, isi besen mandinya dengan air suam dan jadikan ini sebagai rutin memujuknya. Anda juga boleh menggunakan aromaterapi seperti memasukkan beberapa titis sabun lavender atau chamomile ke dalam air yang sebenarnya dapat menenangkan anda juga.

BAWA BAYI KELUAR

Bergerak mungkin satu-satunya perkara yang diperlukan bayi untuk bertenang. Udara segar juga sangat berfaedah untuk bayi yang merengek dan ibu yang kusut. Walaupun anda mungkin berasa penat untuk keluar dalam keadaan bayi sedang merengek, anda pasti tidak menyesal jika mencuba. Perubahan udara, suhu, pemandangan, bunyi dan bau boleh meningkatkan mood bayi dan juga anda. Sekiranya cuaca buruk atau kejiranan anda tidak sesuai untuk berjalan-jalan, cuba letakkan bayi dalam car seat dan pandu di kawasan sekitar.

HIBURKAN BAYI ANDA

Bayi adakala merasa bosan, dan mungkin meragam. Untuk membantu bayi anda terhibur, cuba ceritakan apa yang anda sedang lakukan, ditambah dengan bunyi lucu dan ekspresi muka berlebihan. Anda juga boleh duduk dengan anak anda sambil menunjukkan bagaimana mainannya berfungsi. Sesetengah bayi suka apabila anda membacakan buku cerita, sementara sesetengah yang lain mudah tertawa apabila membuka musik dan menari dengan mereka.

TENANGKAN PERSEKITARAN

Jika terlebih ransangan luar adalah punca masalah, kurangkan segala ransangan daripada persekitaran anak anda. Padamkan lampu, tutup televisyen atau radio, matikan telefon anda dan tenangkan bayi anda. Ingat, semua perkara adalah baru kepada bayi anda dan mungkin menyebabkan meragam. Pastikan bayi anda diberikan persekitaran yang lebih senyap dan tenang.

PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA

Tuesday, March 25, 2025

CARA TIDURKAN BAYI DENGAN MUDAH

Dalam satu kajian saintifik yang diterbitkan pada tahun 2017, didapati bahawa tidur bayi dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif dan fizikal bayi. Semasa bayi anda sedang tidur, mereka tidak hanya mengumpul balik tenaga tetapi pada masa yang sama, ia membenarkan otak mereka menyerap apa yang telah mereka pelajari dan temui pada hari itu. Sesungguhnya, perkembangan otak berlaku ketika mereka sedang tidur.

Jumlah tidur yang diperlukan bayi berbeza-beza bergantung pada usia mereka. Bayi yang baru lahir, misalnya, tempoh waktu tidur yang diperlukan adalah di sekitar antara 14 hingga 19 jam dalam jangka waktu 24 jam. Tetapi kebiasaannya, waktu tidur bayi yang baru lahir adalah pendek, bangun setiap 1 hingga 2 jam untuk menyusu badan atau setiap 3 hingga 4 jam untuk minum susu daripada botol. Pada masa bayi anda berusia 1 tahun, mereka memerlukan 12 – 14 jam tidur dalam tempoh 24 jam termasuk satu atau dua jam tidur pada waktu siang (nap time).


PERKARA PENTING UNTUK BAYI TIDUR

American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan perkara-perkara yang berikut bagi memastikan bayi berada di dalam keadaan selamat ketika tidur. 

  1. Bayi tidur di dalam keadaan terlentang. 
  2. Tidur pada permukaan yang rata dan kukuh.
  3. Jangan letakkan benda yang longgar dan lembut bagi mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut. 
  4. Berkongsi bilik yang sama dengan ibu bapa, dan tidur dekat dengan ibunya untuk memberi rasa nyaman dan selamat serta perhubungan yang baik dengan ibu bapa.


TANDA-TANDA KURANG TIDUR PADA BAYI

Apabila bayi tidak mendapat cukup tidur akan menyebabkan bayi meragam pada siang hari dan menganggu kehidupan ibu. Beberapa tanda berikut dapat membantu anda mengenal pasti samada bayi anda mendapat cukup tidur ataupun tidak: 

  1. Kurang berminat dengan orang di sekitar dan permainan.
  2. Suka menarik telinga dan menggosok mata. 
  3. Kelopak mata kerap bergerak (tutup buka mata). 
  4. Menguap. 
  5. Tidak memandang/tidak memberi tumpuan terhadap perkara/aktiviti yang merangsangkan. 
  6. Ingin lebih perhatian.


CARA TIDURKAN BAYI DENGAN MUDAH YANG BERKESAN

  1. Pastikan ruang tidur yang selesa
  2. Bedungkan bayi anda. Amalkan membalut/membedung bayi anda dengan kemas. Keadaan ini menjadikan bayi berasa selesa seperti ketika mereka di dalam rahim mama. Sangat membantu untuk menjadikan bayi berasa tenang dan mengurangkan refleks yang mengejutkan ketika bayi sedang tidur
  3. Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Suhu sesuai untuk bayi 22-25 celcius.
  4. Mandikan bayi dengan air suam sebelum tidur.
  5. Jauhkan bayi daripada alatan elektronik (gadget) seperti TV, Komputer, Telefon kerana alatan tersebut menyebabkan tidur bayi terganggu.
  6. Elakkan bertentangan mata (eye contact) kerana ia boleh menyebabkan bayi aktif dan tidak mahu tidur.
  7. Hadkan waktu tidur siang, untuk membantu mereka tidur lebih nyenyak pada waktu malam.
  8. Malapkan lampu bilik . Cahaya lampu yang terang boleh menganggu kualiti tidur manusia, oleh itu malapkan lampu, bilik yang gelap menggalakkan rembesan hormone melatonin, yang membuatkan tidur nyenyak.
  9. Bunyi Muzik. Bunyi muzik yang aman dan tenang boleh membantu bayi anda tidur, seperti muzik meditasi atau bacaan Al-Quran.
  10. Tepukan Belaian dan Urutan membantu bayi anda untuk tidur lena. Anda boleh menggunakan Nutrien Oil Najlaa untuk mengurut bayi, dicampur beberapa titis Herbal Oil Najlaa memberi kesan yang lebih baik untuk bayi
  11. Mengendong bayi, mereka lebih dekat dengan penjaga, bunyi degupan jantung anda membuatkan mereka merasa aman untuk tidur.
  12. Buaian atau tidur dalam kereta yang dipandu. Ayunan membuai mereka untuk tidur lena.

PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA

Credit to : Mama Choice, the Asia parent

Monday, March 24, 2025

CARA 'MEMOTONG KUKU' BAYI BARU LAHIR

TIPS SEBELUM MEMOTONG KUKU BAYI

1-Gunakan Alat Pengetip memotong kuku untuk bayi . Jika perlu sediakan alat pengasah kuku, supaya kuku tidak tajam setelah dipotong.

2-Cari kedudukan yang baik: Duduk di dalam rocker, letakkan bayi di pangkuan anda atau baringkan si manja di atas katil semasa mereka tidur. Cari tempat yang sesuai untuk anda duduk dengan selesa.

3-Pencahayaan. Jangan cuba memotong kuku bayi anda di dalam bilik yang bercahaya malap, walaupun mereka sedang tidur. Untuk mengelak terpotong jari bayi.

4-Pastikan bayi duduk diam. Semakin banyak tangan mereka bergerak, risiko untuk anda terpotong isi kuku secara tidak sengaja akan meningkat. Jika bayi kelihatan gugup, bercakap atau menyanyi semasa anda sedang memotong kuku.

5-Potong kuku selepas mandi. Supaya kuku lebih lembut dan mudah untuk dipotong. Kadangkala kuku yang tidak lembut, jika dipotong boleh membahayakan bayi

CARA POTONG KUKU BAYI 

Ini yang anda perlu lakukan:

1-Pegang jari bayi dengan baik. Kuat tetapi lembut, hanya jari yang perlu dipastikan tidak bergerak.

2-Tolak hujung jari si manja secara perlahan-lahan. menggunakan jari anda. Ini dapat mewujudkan sedikit ruang untuk alat pemotong kuku.

3-Lakukan potongan kecil pada kuku – pastikan ia tepat atau di atas garis kuku putih. Jangan terlalu pendek. Untuk kuku kaki pula, lakukan langkah yang sama seperti di atas. Tetapi pastikan kuku dipotong secara lurus dan bukannya melengkung.

4-Jangan menarik kuku bayi. Walaupun bahagian kecil, elakkan daripada melakukannya. Ia boleh meningkatkan risiko kuku terkoyak besar dan luka pada bayi.

PENGGUNAAN PRODUK PENJAGAAN KUKU

Untuk pertumbuhan kuku bayi yang sihat boleh gunakan Nutrien Oil, urut pada jari jemari bayi. Jika jari bayi lenguh boleh urutkan dengan Herbal Oil Najlaa yang direka khas menggunakan herba perubatan bersifat kesembuhan.

PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA




Friday, March 21, 2025

PANDUAN : 5 LANGKAH URUT BAYI BARU LAHIR

Sentuhan ialah cara yang menakjubkan untuk menyampaikan kasih sayang anda kepada si manja. Dalam beberapa minggu yang pertama, gunakan gerakan yang perlahan serta positif dan jangan urut satu-satu kawasan itu terlalu lama. Untuk beberapa minggu yang pertama, bayi yang baru lahir mungkin mendapati deria mereka menerima rangsangan yang berlebihan. Kebanyakan bayi akan berasa tenang semasa dalam dakapan ibu bapa mereka, manakala bayi yang lain mungkin hanya mahu dibelai di belakang badan, berlapikkan pakaian mereka.

Sediakan alatan untuk mengurut. Kami cadangkan anda menggunakan Nutrien Oil Najlaa yang dititis Herbal Oil Najlaa untuk mengurut bayi. Ini kerana Nutrien Oil adalah minyak yang mengandungi minyak zaitun, minyak matahari yang bagus untuk urutan dan perlindungan kulit bayi, manakal Herbal Oil Najlaa mengandungi herba-herba perubatan yang bersifat kesembuhan, anak anda semakin sihat dengan izin Allah.

1) TANGAN YANG DIREHATKAN

Jika bayi anda ""bersetuju"" untuk diurut, mulakan dengan tangan yang direhatkan di atas badan bayi. Teknik tangan direhatkan ini digunakan sebelum mengurut mana-mana bahagian badan. Ia juga boleh digunakan apabila bayi anda memerlukan rehat semasa sesi urutan. Ini ialah cara yang baik untuk membuatkan bayi anda berasa selamat dan seronok disentuh.

2) URUT KAKI

Sebelum bermula, pastikan minyak (kombinasi Nutrien Oil Najlaa + Herbal Oil Najlaa) di tangan anda cukup. Jika bayi anda baru lahir, sila bermula dari kaki kerana ia merupakan bahagian badan yang biasanya diterima oleh bayi. Gerakan ke arah bawah lebih menenangkan.

Dengan sebelah tangan, pegang pergelangan kaki bayi anda dengan lembut. Letakkan tangan yang satu lagi di bahagian atas paha si manja, pegang kakinya sepertimana anda memerah susu lembu dan lurut ke arah bawah di sepanjang kaki hingga ke pergelangan kaki. Ulang langkah yang sama dengan genggaman yang erat tetapi lembut dan berentak, satu tangan demi satu tangan.

3) URUT TAPAK KAKI

Bayi biasanya suka jika anda mengurut tapak kaki mereka. Perhatikan reaksi bayi anda, kalau-kalau dia berasa sensitif di tapak kakinya. Urutan kaki yang lembut boleh memberikan kesan yang positif kepada seluruh badan.

Sapu minyak Picit dan lurut setiap jari kaki si manja dengan mengepitnya di antara ibu jari dan jari telunjuk anda. Dengan ibu jari kiri dan kanan berganti-ganti, urut bahagian atas tapak kaki dari jari kaki ke pergelangan kaki. Ulang beberapa kali.

4) URUT PERUT

Apabila tali pusat bayi sudah tertanggal dan pusatnya kering, urutan lembut pada perut boleh membantu proses penghadaman dan melegakan masalah perut.

Mulakan dengan merehatkan tangan anda di atas perut bayi anda. Sentuhan ini sangat mententeramkan. Jika bayi anda berasa gembira, buat gerakan mendayung yang lembut, selang-selikan antara tangan kiri dan kanan.

5) URUT BELAKANG

Sentuhan kulit ke kulit boleh meningkatkan pengalaman mengeratkan ikatan antara bayi, ibu dan ayah.

Dukung bayi anda dan rapatkannya ke dada, urut belakang badan si manja bermula dari leher dan turun ke bawah hingga ke punggungnya.

Credit to : INFANT MASSAGE: A Handbook for Loving Parents oleh Vimala McClure,pengasas IAIM.

PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA

5 PUNCA RUAM LAMPIN, DAN 6 CARA PENCEGAHAN

RUAM LAMPIN

Ruam lampin ialah masalah yang biasa dialami bayi dan kanak-kanak petatih yang memakai lampin, dan paling kerap bagi bayi bawah umur 12 bulan. Ruam lampin berlaku apabila kulit menjadi radang dan kemerahan di kawasan lampin, termasuklah paha, punggung.

PELBAGAI PUNCA

Sebelum membincangkan cara mengurus ruam lampin, anda juga perlu fahami puncanya. Punca berbeza mungkin memerlukan rawatan berbeza.

  1. Kerengsaan: Punca yang paling kerap. Terdedah kepada air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi, terutamanya jika menggunakan lampin yang kurang menyerap. Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa apabila bergeser pada kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan mengakibatkan ruam.
  2. Pertumbuhan Candida: Sejenis yis dipanggil Candida mungkin ada pada kulit normal tanpa sebarang gejala atau kesan negatif. Namun, jika yis tersebut tumbuh mendadak, ia boleh menyebabkan jangkitan sekunder di kawasan lampin. Pertumbuhan berlebihan biasanya berlaku di tempat yang panas, lembap dan lembut dengan pH kulit yang lebih tinggi seperti di bawah lampin basah, ketiak, leher dan lipatan dada.
  3. Jangkitan bakteria: Bakteria tertentu yang merebak daripada orang lain atau persekitaran boleh menyebabkan ruam lampin atau menjadikannya lebih teruk. Jangkitan streptokokus menyebabkan ruam merah terang di sekitar dubur, manakala jangkitan stafilokokus boleh terjadi dalam bentuk kerak kuning, nanah atau jerawat.
  4. Alahan: Bayi dengan ekzema atau alahan boleh mengalami ruam lampin selepas terdedah kepada bahan perengsa atau pencetus yang terdapat dalam produk yang digunakan atau yang disapu pada kulit bayi, contohnya, lampin, tisu basah, sabun, losen, minyak, krim, dsb. Ruam yang disebabkan oleh alahan juga boleh berlaku di anggota badan yang lain.
  5. Faktor lain: Ruam lampin lebih berkemungkinan untuk berlaku apabila bayi anda mula makan makanan pepejal atau mempunyai perubahan dalam diet. Keadaan kulit lain yang jarang berlaku seperti dermatitis seborea atau psoriasis pediatrik juga boleh muncul seperti ruam lampin.

URUS DAN CEGAH RUAM LAMPIN

Selain daripada ubatan atau rawatan yang diberikan oleh pakar pediatrik kepada bayi, penjagaan lampin yang baik juga adalah penting.

  1. Pilih lampin yang sesuai. Saiz yang betul dan mengikut berat badan bayi akan menentukan padanan yang baik. Penyerapan yang berkesan serta bahan yang lut udara dan lembut adalah beberapa faktor penting dalam memilih lampin untuk kulit sensitif bayi anda. Lampin bebas wangian juga mengurangkan potensi tercetusnya kerengsaan.
  2. Kerap tukar lampin. Kebasahan daripada air kencing dan najis menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan kulit jika dibiarkan terlalu lama. Yis dan bakteria suka tempat yang basah dan hangat. Pastikan anda segera menukar lampin basah, kotor atau penuh.
  3. Bersihkan kulit dengan cermat. Bilas punggung bayi dengan air suam semasa menukar lampin. Anda juga boleh menggunakan tisu basah bebas alkohol/wangian atau pencuci bukan sabun untuk membersihkannya. Lap kulitnya dengan lembut menggunakan tuala atau biarkannya kering sendiri, tetapi jangan gosok dengan kasar.
  4. Biarkan terdedah. Biarkan sebentar kulit bayi kering dan bernafas secara semula jadi kerana ini juga membantu proses penyembuhan sebelum memakaikannya lampin baharu.
  5. Jangan terlalu ketatkan lampin. Ia akan bergeser pada kulit, menghalang aliran udara dan memerangkap kelembapan, lalu mendatangkan keadaan yang sesuai untuk ruam. Ini penting terutamanya jika lampin akan dipakai semalaman.
  6. Gunakan Sooth (Herbal) Cream Najlaa. Krim ini bertindak sebagai pelindung untuk kulit terhadap air kencing dan najis. Sooth (Herbal) Cream mengandungi zink oksida bagus untuk tujuan ini. Adalah baik Add on Nourish Lotion.

PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA



Thursday, March 20, 2025

CARA "BERKESAN" HILANGKAN KERAK KEPALA BAYI

Kerak kepala atau Cradle Cap, saintifiknya dikenal sebagai Dermatitis seboroik biasanya berlaku kepada bayi baru lahir.

PUNCA KERAK KEPALA

  1. Akibat peradangan dan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan pada kulit kepala bayi. 
  2. Juga boleh dipengaruhi oleh infeksi Pityrosporum kerana bayi mempunyai sistem imun yang tidak kuat.
  3. Selain itu berpunca daripada kebersihan bayi yang tidak dijaga dengan baik. Bayi yang baru lahir, kadangkala diselimuti selaput. Apabila tidak dicuci bersih menjadi kerak.
  4. Mungkin bayi terdedah kepada alergen dan menyebabkan alergi

CARA MENGATASI

  1. Sapu Nutrien Oil Najlaa, biarkan sementara untuk melembutkan kerak kepala
  2. Mandikan bayi dengan air suam dan basuh dengan Multi Wash Najlaa, gunakan kain lembut untuk membuang keruping
  3. Setelah mandi boleh sapukan Nutrien Oil untuk melembapkan kulit kepala dan meransang pertumbuhan rambut
  4. Jangan cabut keruping yang tidak dilembutkan dahulu, bimbang menyebabkan luka dan radang pada kulit kepala bayi

PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA

Jom baca kisah Pengguna kami: