Bayi kerap menangis adalah isyarat penting, satu-satunya alat komunikasi pada awal kehidupan mereka. Normal untuk bayi menangis selama 2–3 jam sehari pada enam minggu pertama. Semasa tiga bulan pertama kehidupan, mereka akan menangis lebih banyak daripada masa lain.
Pelbagai perkara boleh menyebabkan bayi menangis, seperti:
- Kelaparan
- Lampin yang kotor atau basah
- Keletihan
- Mahu didukung atau dipeluk
- Terlalu panas atau terlalu sejuk
- Kebosanan
- Rangsangan berlebihan (overstimulation)
BAYI KERAP MENANGIS KERANA KOLIK?
Sesetengah bayi menangis lebih banyak dan lama berbanding
yang lain. Bayi yang menangis lebih daripada tiga jam sehari, dengan kekerapan
lebih daripada tiga hari seminggu dan berlanjutan sekurang-kurangnya tiga minggu
mungkin mengalami kolik.
Kolik cenderung berlaku kepada bayi baru lahir. Biasanya, ia bermula apabila bayi berumur 2-5 minggu dan berakhir pada masa bayi berumur 3-4 bulan.
PERGERAKAN PERLAHAN
Salah satu cara pujuk bayi menangis adalah dengan mendukung
si kecil dalam pelukan atau diletakkan di dalam rocking chair dan melakukan
gerakan perlahan. Ia boleh memberikan impak mendamaikan dan menenangkan.
Biasanya pada bulan-bulan pertama kehidupan, si kecil masih tidak tahu cara untuk menenangkan diri. Jadi, dengan membawa mereka menaiki kereta atau menggunakan kereta sorong juga boleh membantu menghentikan tangisan.
BEDUNG DAPAT ATASI BAYI KERAP MENANGIS
Membedung bayi turut dapat meredakan tangisan mereka kerana boleh memberikan keselesaan dan membuatkan si kecil berasa lebih selamat. Kaedah lain seperti kangaroo care – sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi yang dipakaikan lampin serta diselimuti – dapat membuatkan si kecil selesa.
URUTAN BAGUS UNTUK BAYI KERAP MENANGIS
Sapukan Herbal Oil Najlaa pada bayi dan berikan urutan lembut. Dalam masa yang sama, cuba untuk ‘berbual’ dengan tenang bersama si kecil. Gunakan sentuhan yang lembut, tetapi pastikan ia cukup kuat untuk tidak membuatkannya berasa digeletek. Kadangkala bayi menangis disebabkan masalah perut kembung. Membiarkan bayi meniarap membolehkan tekanan pada bahagian perutnya untuk meredakan angin dan rasa perut kembung.
CARA PUJUK BAYI MENANGIS PENYUSUAN & PUTING
Sesetengah bayi akan berasa tenang jika menyusu. Jadi anda boleh melakukan penyusuan susu badan sekiranya si kecil menangis. Penggunaan puting kosong juga boleh membantu menenangkan diri mereka.
GENDONG BAYI DI DEPAN
Menggendong bayi dan berjalan-jalan adalah cara terbaik untuk menenangkannya. Bayi sangat suka menikmati rasa kedekatan dan rima langkah anda. Carrier atau sling juga sesuai digunakan agar tangan anda bebas melakukan sebarang perkara. Hadapkan bayi anda kepada badan anda menggunakan carrier atau sling untuk 3 bulan pertama apabila anak anda memerlukan sokongan kepala. Jika bayi anda tidak selesa digedong menggunakan carrier atau sling, jangan berputus asa. Bayi biasanya akan membiasakan diri dan suka digendong sebegini.
DODOI BAYI DALAM BUAIAN
Mendodoikan bayi dengan buaian mungkin merupakan salah satu rutin alam keibubapaan yang sukar ditinggalkan. Zaman moden ini juga menawarkan beberapa pilihan membuai tanpa menggunakan tangan seperti menggunakan buaian bayi automatik. Pastikan anda mematuhi arahan keselamatan yang dinyatakan pengeluar berkaitan umur dan berat yang sesuai untuk alat ini. Cuba jangan biarkan bayi anda terbiasa tertidur dalam buaian kerana ini mungkin menyebabkan bayi bergantung kepada pergerakan buaian untuk tidur. Sebaliknya, biarkan bayi hampir terlelap dan kemudian pindahkan bayi ke katil.
NYANYIKAN LAGU ATAU ZIKIR
Jangan risau, bayi anda tidak akan tahu jika pitching anda lari atau suara anda sumbang. Menyanyikan lagu untuk anak anda membina rasa selamat dalam dirinya kerana anda ada bersamanya. Jadi, apabila bayi anda mula menangis, jangan teragak-agak untuk menyanyikan lagu atau melantunkan zikir agar bayi berasa lebih terpujuk.
MANDIKAN BAYI
Sekiranya bayi anda sering terdiam menyukai waktu mandi bayi, isi besen mandinya dengan air suam dan jadikan ini sebagai rutin memujuknya. Anda juga boleh menggunakan aromaterapi seperti memasukkan beberapa titis sabun lavender atau chamomile ke dalam air yang sebenarnya dapat menenangkan anda juga.
BAWA BAYI KELUAR
Bergerak mungkin satu-satunya perkara yang diperlukan bayi untuk bertenang. Udara segar juga sangat berfaedah untuk bayi yang merengek dan ibu yang kusut. Walaupun anda mungkin berasa penat untuk keluar dalam keadaan bayi sedang merengek, anda pasti tidak menyesal jika mencuba. Perubahan udara, suhu, pemandangan, bunyi dan bau boleh meningkatkan mood bayi dan juga anda. Sekiranya cuaca buruk atau kejiranan anda tidak sesuai untuk berjalan-jalan, cuba letakkan bayi dalam car seat dan pandu di kawasan sekitar.
HIBURKAN BAYI ANDA
Bayi adakala merasa bosan, dan mungkin meragam. Untuk membantu bayi anda terhibur, cuba ceritakan apa yang anda sedang lakukan, ditambah dengan bunyi lucu dan ekspresi muka berlebihan. Anda juga boleh duduk dengan anak anda sambil menunjukkan bagaimana mainannya berfungsi. Sesetengah bayi suka apabila anda membacakan buku cerita, sementara sesetengah yang lain mudah tertawa apabila membuka musik dan menari dengan mereka.
TENANGKAN PERSEKITARAN
Jika terlebih ransangan luar adalah punca masalah, kurangkan
segala ransangan daripada persekitaran anak anda. Padamkan lampu, tutup
televisyen atau radio, matikan telefon anda dan tenangkan bayi anda. Ingat,
semua perkara adalah baru kepada bayi anda dan mungkin menyebabkan meragam. Pastikan
bayi anda diberikan persekitaran yang lebih senyap dan tenang.
GUNA HERBAL OIL NAJLAA
Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan minyak telon Herbal Oil Najlaa untuk menenangkan bayi yang menangis, titiskan minyak pada tapak tangan ibu dan sapu diperut, betis, tapak kaki dan belakang bayi.
PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL
Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA


No comments:
Post a Comment