Thursday, March 20, 2025

CARA "BERKESAN" HILANGKAN KERAK KEPALA BAYI

Kerak kepala atau Cradle Cap, saintifiknya dikenal sebagai Dermatitis seboroik biasanya berlaku kepada bayi baru lahir.

PUNCA KERAK KEPALA

  1. Akibat peradangan dan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan pada kulit kepala bayi. 
  2. Juga boleh dipengaruhi oleh infeksi Pityrosporum kerana bayi mempunyai sistem imun yang tidak kuat.
  3. Selain itu berpunca daripada kebersihan bayi yang tidak dijaga dengan baik. Bayi yang baru lahir, kadangkala diselimuti selaput. Apabila tidak dicuci bersih menjadi kerak.
  4. Mungkin bayi terdedah kepada alergen dan menyebabkan alergi

CARA MENGATASI

  1. Sapu Nutrien Oil Najlaa, biarkan sementara untuk melembutkan kerak kepala
  2. Mandikan bayi dengan air suam dan basuh dengan Multi Wash Najlaa, gunakan kain lembut untuk membuang keruping
  3. Setelah mandi boleh sapukan Nutrien Oil untuk melembapkan kulit kepala dan meransang pertumbuhan rambut
  4. Jangan cabut keruping yang tidak dilembutkan dahulu, bimbang menyebabkan luka dan radang pada kulit kepala bayi

PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA

Jom baca kisah Pengguna kami:


Wednesday, March 19, 2025

BAGAIMANA CARA MEMANDIKAN BAYI BARU LAHIR

Memandikan Bayi Mampu Mengeratkan Hubungan. Memandikan anak juga dapat menjadi salah satu medium ‘bonding’ yang baik antara bayi dan ibu bapa. Maka, seeloknya para lelaki atau ayah juga turut mengambil bahagian dalam menguruskan bab mandian bayi. Awalnya memang kekok, namun anda pasti akan mahir selepas beberapa kali mempraktikkan cara memandikan bayi baru lahir yang dinyatakan ini, ia pasti akan menjadi lebih mudah. Jangan risau ya!

Pelbagai pendapat tentang waktu memandikan bayi, kami cadangkan untuk bayi baru lahir 1-2 kali sehari. Jangan terlalu kerap dan jangan menggunakan sabun biasa kerana kulit bayi mudah rengsa. Cara Memandikan Bayi Baru Lahir, Untuk Ibu Bapa Baru. Berikut langkah demi langkah.

 

1. KELENGKAPAN MANDI

Pertama sekali, pastikan kelengkapan mandian bayi disediakan di tempat yang mudah dicapai supaya kita dapat fokus semasa memandikan bayi. Kecuaian boleh berlaku jika kita terpaksa bangun mengambil barang-barang yang terlupa diletakkan di sisi.

Antara kelengkapan yang diperlukan adalah:

Bakul barang mandian yang terkandung Sabun Mandi (kami syorkan FRESH SOAP NAJLAA atau MULTI-WASH NAJLAA yang neutral dan sesuai untuk kulit sensitive serta boleh digunakan sebagai shower bath dan syampu sekaligus, jimat wang anda )

Besen mandi

Pengalas besen mandi 

Hindari tali pusat bayi daripada terkena air ketika mandi. Elakkan merendam bayi terlalu lama jika tali pusat bayi belum mengering. Anda boleh membersihkannya menggunakan kain lembut dan halus untuk mengusap-usap tubuhnya.

2. CARA MEMANDIKAN BAYI BARU LAHIR DENGAN SUHU AIR YANG SESUAI

Isikan air di dalam besen dalam kira-kira 3 inci air. Gunakan siku untuk merasa kepanasan air mandian. Jika menggunakan termometer, suhu 37 darjah Celcius adalah paling sesuai untuk menghangatkan badan bayi.

Jangan mandikan bayi dengan pili air yang mengalir. Tindakan ini bahaya kerana dikhuatiri membuatkan bayi terlemas atau tergelincir.

Pada minggu pertama kelahiran bayi, sebenarnya adalah memadai untuk membersihkan bayi dengan hanya mengelap menggunakan tuala bersih yang dibasahkan.

3. BERSIHKAN BAHAGIAN SULIT

Pastikan bahagian sulit dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimandikan dalam besen. Basuh dengan teliti dan bilaskan dengan air bersih. Jika perlu, sabunkan dengan FRESH SOAP NAJLAA.

4. MULAKAN DARI ATAS

Mandikan bayi bermula dari kepala ke bawah, depan dan belakang.

Boleh gunakan sabun tetapi jangan terlalu kerap kerana kulit bayi yang lembut tidak perlu banyak cucian. Gunakan jari atau kain lembut yang basah untuk bersihkan bahagian muka. Tumpukan pada bahagian mata dan bawah hidung.

Cuci rambut. Jika bayi mempunyai Kerak kepala. 30 minit sebelum mandi sapukan dengan NUTRIEN OIL NAJLAA, supaya Kerak kepala lembut dan mudah dibuang semasa mandi, dalam masa sama meransang pertumbuhan rambut baru. Semasa mandi syampu kepala dengan MULTI-WASH NAJLAA dan tanggalkan kerak kepala dengan kain yang lembut.

Jika kotoran pada hidung dan mata masih keras, lalukan beberapa kali dengan air supaya lebih lembut dan mudah dibersihkan. Jangan lupa untuk bersihkan pada luar telinga dan bahagian belakangnya untuk hilangkan kotoran. Tidak perlu bersihkan dalam telinga kerana takut dapat merosakkan gegendang telinganya.

5. BERHATI-HATI  MENYOKONG TENGKUK BAYI SEMASA MANDI

Angkat bayi berhati-hati dengan menggunakan sebelah tangan untuk menyokong tengkuk dan sebelah lagi pada pinggulnya. Setelah selesai, balut bayi dengan tuala kering.

Seeloknya, biarkan dahulu barangan mandian tanpa perlu mengemasnya kerana anda perlu memakaikan bayi dengan lampin dan pakaian dengan segera sebelum bayi kesejukan.

6. KELENGKAPAN SESUDAH MANDI

Sediakan pakaian baru yang simple dan selesa, lampin serta kelengkapan sesudah mandi. Boleh juga sediakan tikar getah bayi untuk elakkan bayi tergelincir ketika memakaikan baju untuknya.

7. PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA



Semoga membantu.

Credit to : Pantangplus

Tuesday, March 18, 2025

9 ASAS PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR

Anda ada bayi ? Kami ucapkan Tahniah. Ini 9 asas cara penjagaan bayi baru lahir.

 

 1) MEMEGANG  BAYI

Anda mungkin mendapati bayi anda yang baru lahir itu terlalu lemah dan lembut, tetapi jangan takut untuk menyentuh, menjaga atau mendukung bayi anda! Malah, kajian menunjukkan bahawa bayi yang dipegang lebih daripada 2 jam sehari berkembang dengan lebih baik dan kurang menangis.

Oleh sebab tengkuk si manja belum mempunyai otot, anda perlu menyokong kepalanya setiap kali mengangkatnya. Anda juga perlu menyokong kepala bayi baru lahir menggunakan bahu atau tangan anda semasa mendukungnya.

Teknik memegang bayi dengan betul:

  1. Memegang di bahu
  2. Posisi buaian
  3. Posisi diperut
  4. Pegangan dipinggang
  5. Pegangan muka ke muka
  6. Pegangan kerusi
  7. Pegangan diatas paha
  8. Pegangan bola

 

 2) MEMANDIKAN 

Masa Mandi Bayi, Elle Walker menjelaskan bahawa memandikan bayi setiap hari tidak memudaratkan si manja

Sesetengah pakar kanak-kanak mengesyorkan ibu supaya membersihkan si manja dengan span sahaja sehinggalah tali pusat kering dan tertanggal (biasanya selepas satu atau dua minggu). Pastikan semua kelengkapan mandi yang diperlukan ada tersedia sebelum si manja mandi. Pastikan anda hanya menggunakan air suam untuk mandi, gunakan sabun atau shower bath yang neutral, kami cadangkan produk alami Fresh Soap atau Multi Wash Najlaa Baby Skincare. Aktiviti mandi adalah menyeronokkan untuk anda dan bayi.

 

3) PENJAGAAN TALI PUSAT

Tali Pusat akan tertanggal sendiri dalam tempoh 1 hingga 3 minggu selepas lahir. Dedahkan pada udara supaya cepat kering dan pastikan lampin tidak menutup struktur tersebut.

 

4) CARA MEMILIH PRODUK UNTUK BAYI BARU LAHIR

Produk bayi yang ideal sepatutnya tidak merengsakan kulit atau mata dan tidak mengeringkan kulit atau mengganggu pH semula jadi kulit bayi anda. Pilih produk yang neutral dan alami. Kami cadangkan rangkaian produk Bayi Najlaa yang direka khas menggunakan bahan-bahan alami. Antara produknya yang penting untuk bayi baru lahir :

1- Herbal Oil Najlaa -untuk urutan bayi dan masalah kembung

2- Essence Rub (Baby Balm)-untuk menenangkan pernafasan, bagus ketika batuk selsema

3- Sooth (Herbal) Cream-krim lampin yang mencegah ruam

4- Nutrien Oil Najlaa- untuk pertumbuhan rambut dan penjagaan kulit

5- Nourishing Lotion Najlaa -untuk penjagaan kulit bayi

 

 5) MENUKAR LAMPIN  DAN PAKAIAN

Ramai ibu bapa baru terkejut dengan jumlah lampin yang mereka tukar dalam sehari. Untuk memudahkan hidup anda, sila pastikan stok lampin yang banyak sebelum bayi dibawa pulang. Anda juga digalakkan untuk mempelajari cara menukar lampin si manja lebih awal (dan berlatih!).

Bayi baru lahir boleh dibedung untuk memeberikan keselesaan kepada mereka. Bedung memelihara bayi dari mudah tersentak dengan bunyi dan pergerakkan. Untuk pakaian pilih yang selesa dan mudah bergerak

 

 6) MENENANGKAN  BAYI

Kebanyakan bayi menangis sebanyak 2 jam sehari dalam 3 bulan yang pertama. Walaupun perkara ini mungkin membingungkan, ia adalah normal.

Untuk menenangkan si manja, mula-mula cuba kenal pasti punca mengapa si manja berasa tidak selesa.

  1. Adakah si manja lapar?
  2. Adakah perut si manja kembung?
  3. Adakah lampin si manja basah?
  4. Adakah si manja perlu tidur sekejap?
  5. Adakah si manja terangsang oleh bunyi, cahaya atau aktiviti secara berlebihan?

Untuk membantu menenangkan bayi yang mengantuk atau terangsang secara berlebihan, sandarkan si manja di bahu dan goyangkannya dengan perlahan-lahan. Nyanyi atau bercakap kepada si manja dengan suara yang sangat perlahan – tenangkannya dengan suara yang menenteramkan. Anda juga boleh menggosok belakang si manja semasa berbuat demikian. Cuba pelbagai kedudukan yang berlainan untuk mencari kedudukan yang selesa untuk anda berdua.

 Perkara lain yang perlu dipertimbangkan : Si manja tidak banyak bergerak dalam beberapa minggu yang pertama. Dia mungkin akan menangis untuk meminta bantuan jika dia baring dalam kedudukan yang tidak selesa di atas katilnya. Alih kedudukannya dengan perlahan-lahan untuk membantu si manja baring dengan selesa. Tetapi demi keselamatan, sentiasa baringkan bayi anda dalam kedudukan menelentang untuk tidur.

 

 7) URUTAN BAYI 

Mengeratkan Ikatan & Menenangkan

Sentuhan ialah bahasa pertama si manja dan cara yang hebat untuk ibu menjalinkan ikatan dengan bayi anda. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa urutan boleh merehatkan bayi, memperbaik pola tidur dan menenteramkan mereka apabila mereka asyik meragam. Mengikut IAIM urutan bayi boleh meransang perkembangan system pencernaan dan aliran darah bayi. Ini boleh menghindarkan masalah kesihatan seperti : 1) Kram 2) Gas 3) Kolik 4) Sembelit.

Memberi bayi anda urutan juga merupakan cara yang baik untuk merapatkan hubungan dengan si manja. Selain itu, urutan sangat mudah untuk dilakukan.

 

 8) MENYUSU 

Ramai pakar penjagaan kesihatan bersetuju bahawa tiada apa yang lebih baik untuk si manja selain susu ibu. Bercakap dari segi pemakanan, susu ibu dibuat khusus untuk bayi. Kita semua maklum bahawa, kadangkala ibu tidak dapat menyusukan anaknya kerana masalah perubatan atau situasi lain yang tertentu. Sila berbincang dengan pakar kanak-kanak anda tentang cara yang terbaik untuk menyusukan bayi baru lahir.

Pada usia 6 bulan pertama adalah baik, memberi bayi minum susu ibu sahaja. Kebiasaannya  bayi akan menyusu setiap 2 hingga 3 jam sekali dalam tempoh 10 hingga 20 minit bagi setiap penyusuan. Selepas menyusu jangan lupa sendawa.

 

 9) TIDUR 

Bayi baru lahir sehingga usia 3 bulan biasanya tidur 14-17 jam sepanjang 24 jam sehari dan kerap terjaga tidak kira siang atau malam. Walaupun begitu, anda masih boleh mula menetapkan rutin masa tidur untuk si manja.

Seawal 6 hingga 8 minggu. Apabila si manja semakin membesar dan sebahagian besar daripada waktu tidurnya berlaku pada waktu malam dengan “tidur sekejap” yang semakin berkurangan, anda boleh membantu si manja menetapkan pola tidur secara beransur-ansur dan membantu dia belajar bahawa waktu malam adalah untuk tidur dan bukannya untuk bermain.


PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA


Monday, March 10, 2025

PANDUAN 'LENGKAP' MEMILIH BAJU BAYI

1) Pilih Kain yang Lembut dan Menyerap Peluh seperti kain kapas.

2) Pilih Baju sesuai usia. Baju bayi biasanya ditanda dengan usia, 3-6 bulan, 6-9 bulan, 9-12 bulan. Pilih mengikut usia bayi anda. Adakala bayi lebih besar dari usia atau lebih kecil dari usia, hendaklah anda teliti.

Beli baju sekadar keperluan. Ini kerana bayi cepat membesar. Boleh jadi anda membazirkan wang dengan membeli pakaian yang tidak sempat dipakai bayi kerana telah membesar. Lebih baik beli ikut keperluan bayi sekadarnya.

Contoh untuk bayi baru lahir Cukup sekadar hanya

6 helai rompers

6 helai seluar dan baju

2 helai selimut

2 helai tuala bayi

2 helai sweater

6 pasang stoking

1-2 penutup kepala

6 helai kain lampin

3 pasang sarung tangan

3) Pilih baju minimal aksesori. Ini kerana manik boleh melukakan kulit bayi , kadang-kadang aksesori terungkai, boleh jadi bayi anda makan dan terlekat.

4) Pilih baju yang mudah dipakai dan mudah dibuka. Ini kerana kita perlu selalu menukar pampers bayi.

5) Pilih baju sesuai mengikut factor cuaca. Saat musim panas, pakaikan bayi baju dari kain kapas dan nipis supaya tidak panas. Apabila cuaca sejuk pilih baju berkain tebal atau pakaikan sweater.

6) Untuk produk penjagaan bayi, kami cadangkan Produk Najlaa Baby Skincare yang direka khas untuk melindungi kesihatan bayi, produk semulajadi sesuai untuk semua jenis kulit serta dirumus khas menggunakan Herba-herba perubatan yang bersifat kesembuhan. Sayang anak anda. Info lanjut klik : Rangkaian Produk Najlaa Baby Skincare.  


PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA


Sunday, March 2, 2025

CARA MENGATASI "TANTRUM" DAN 7 PUNCA MENGAPA ANAK MENGAMUK

Menangani anak tantrum

Anak tantrum, buat perangai, merengek, meragam, tidak mendengar kata, bahkan mengamuk boleh dikatakan perkara biasa terjadi. Namun dalam keadaan anda sebagai ibu bapa yang mungkin letih dan penat bekerja, apa yang dilakukan anak itu boleh menyebabkan hilangnya rasa sabar.

Tetapi mengapa anak berkelakuan sebegitu? Apakah sebabnya?

Untuk menjawab persoalan itu memerlukan anda untuk menyiasat, mencari punca yang mencetuskan perangai Tantrum si kecil.  Apakah ia disebabkan oleh sikap dan kesilapan anda sendiri? Biasanya Tantrum

Cara mengatasi anak tantrum

Jangan terkejut ya jika sikap anak yang suka memberontak itu hakikatnya berpunca daripada diri anda sendiri sebagai Ibu Bapa mereka.

Berikut antara beberapa kesalahan ibu bapa dan cara mengatasi anak tantrum:

1. Ibu bapa terasa jauh

Ibu bapa dalam kategori ini kewujudannya hanyalah secara fizikal tetapi lebih sibuk menghadap telefon, tugasan kerja atau hobi. Mereka hanya memenuhi keperluan fizikal anak seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal anak (Tidak Menjaga Emosi/ pertalian rapat)

Kita perlu selalu ada dengan anak, bermain dan melakukan aktiviti bersama, memenuhi keinginan emosi anak untuk merasa dikasihi dan dilindungi.

2. Terlalu mengawal

Anda mungkin bersikap terlalu Mengawal. Tetapi anak yang dibesarkan dengan cara ini dipercayai lebih kerap memberontak terhadap ibu bapa mereka, selain sering mengalami kegelisahan dan ketakutan untuk membuat kesilapan.

Untuk menangani anak tantrum ini adalah dengan elakkan daripada terlalu mengawal pergerakan anak. Biarkan anak bebas beraktiviti tetapi masih tetapkan had untuk mereka ikuti.

3. Kurangkan menjerit sebagai cara mengatasi anak tantrum

Kesalahan paling biasa dilakukan ibu bapa adalah menengking anak. Sebagai ibu bapa, kita mungkin berasa jeritan sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan anak. 

Tetapi hakikatnya kanak-kanak yang sering ditengking sering berasa tidak selamat serta lebih agresif secara fizikal dan lisan. Anak juga belajar bagaimana untuk menjerit dan menenking dari kita

4. Ganjaran atau Manjakan

Setiap ibu bapa pasti mempunyai pengalaman anak mengamuk ketika berada di mall.  Antara cara menangani anak tantrum yang sering digunakan adalah ‘merasuah’ mereka dengan sesuatu agar rengekan atau amukan berhenti, betul tak? Atau memberi apa sahaja yang mereka minta.

Tetapi ia cumalah penyelesaian sementara sahaja.

Apa kata anda fokus untuk lebih mendengar anak secara aktif dan memahami keperluan mereka.

Hadkan pemberian ganjaran hanya sebagai balasan baik untuk pencapaian cemerlang dan kelakuan baik mereka. Berikan lebih pujian untuk tingkah laku positif dan baik.

5. Tiada batasan atau Disiplin

Mungkin kedengaran idea yang baik untuk membiarkan anak bebas meneroka tanpa batasan. Tetapi kesannya boleh mengakibatkan mereka ralat dalam memikul tanggungjawab, sukar mengawal dan mendisiplinkan diri.

Cara mengatasi anak tantrum: Wujudkan batasan tetapi bukan mengawal. Ia mengajar anak untuk menguruskan kehidupan berdasarkan peraturan di sekeliling mereka. Contohnya mereka perlu mandi pada waktu pagi, makan tengahari pada pukul 12pm, solat awal waktu.

6. Menjadi sahabat anak? Ini bukan cara mengatasi anak tantrum

Apabila cuba menjadi sahabat dan bukannya ibu bapa, secara tidak langsung tiada lagi keperluan untuk anak menganggap anda sebagai contoh teladan untuk diikuti.Ia juga meletakkan anda setara dalam hubungan dengan anak-anak daripada mempunyai hubungan ibu bapa-anak.

Sebaiknya, walaupun akan ada masanya timbul perselisihan faham dengan anak, teruskan untuk menjadi ibu bapa dan bukannya rakan mereka.

7. Memalukan anak

Jangan sebut kelemahan anak dihadapan orang ramai. Ia menyebabkan mereka sedih, tidak lagi percaya kepada kita, marah, memberontak dan merosakkan hubungan ibu-bapa-anak.

Contohnya Berkongsi gambar anak dengan momen yang kurang menyenangkan boleh menjadi perkara yang memalukan buat mereka. Anda juga harus mengelak daripada menuturkan ayat seperti “Mama penat melayan kerenah awak”. Anda mungkin tidak sengaja memalukan anak apabila berada dalam kekecewaan. 

Anda perlu meminta maaf dengan segera kepada anak jika bersikap demikian.


PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA



Credit to : Hellodoctor

Friday, February 28, 2025

PENJAGAAN BAYI "PRA-MATANG'' DI RUMAH

APAKAH KELAHIRAN PRA-MATANG?

Bayi pramatang, pramatang atau "preemie" ialah bayi yang dilahirkan terlalu awal, atau kira-kira tiga minggu sebelum tarikh lahirnya. Kehamilan penuh (perkembangan janin) berlangsung kira-kira 40 minggu. Kelahiran pramatang berlaku apabila bayi dilahirkan pada 37 minggu atau lebih awal.

Kelahiran pramatang boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana banyak organ seperti otak, paru-paru dan hati, masih berkembang pada minggu-minggu akhir kehamilan. Bayi pramatang mungkin menghadapi masalah untuk kekal hangat atau menyusu dan mungkin berisiko untuk kelewatan perkembangan di kemudian hari.

 

APAKAH JENIS KATEGORI KELAHIRAN PRA-MATANG ?

Bersalin sebelum 37 minggu dianggap pramatang. Sebenarnya, kelahiran pramatang dibahagikan kepada empat kategori:

Tahap 1, Pramatang lewat: Dilahirkan antara 34 dan 36 minggu. Kebanyakan kelahiran pramatang berlaku dalam tempoh masa ini.

Tahap 2, Sederhana pramatang: Dilahirkan antara 32 dan 34 minggu.

Tahap 3, Sangat pramatang: Dilahirkan sebelum 32 minggu.

Tahap 4, Amat pramatang: Dilahirkan sebelum 25 minggu.

 

APAKAH PUNCA KELAHIRAN PRA-MATANG YANG PALING BIASA?

Kelahiran pramatang boleh berlaku secara tiba-tiba, tanpa sebab. Wanita juga boleh bersalin pramatang kerana:

  1. Keadaan kesihatan kronik, seperti diabetes atau penyakit jantung.
  2. Keadaan plasenta seperti gangguan plasenta atau plasenta previa.
  3. preeklampsia.
  4. Anak kembar. Kira-kira 60% daripada kembar dan kembar tiga dilahirkan pramatang.
  5. Masalah dengan rahim atau serviks.
  6. Pendarahan faraj atau jangkitan semasa mengandung.
  7. Menggunakan bahan seperti dadah dan alkohol atau merokok semasa mengandung.


APAKAH TANDA-TANDA BAYI PRA-MATANG?

Mungkin tiada tanda-tanda yang boleh dikenali bahawa bayi dilahirkan lebih awal. Tetapi, beberapa simptom kelahiran pramatang yang biasa ialah:

  1. Berat bayi semasa lahir rendah.
  2. Kesukaran bernafas.
  3. Suhu badan rendah.
  4. Rambut halus (lanugo) menutupi badan bayi.
  5. Kesukaran untuk memberi bayi minum susu.


APAKAH KOMPLIKASI KESIHATAN JIKA DILAHIRKAN PRA-MATANG?

Bayi pramatang tidak mempunyai masa yang cukup untuk berkembang sepenuhnya. Ini bermakna organ dan sistem badan tertentu mungkin tidak bersedia untuk menyokongnya dalam kehidupan mereka di luar rahim. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Bayi preemie selalunya memerlukan penjagaan khas di NICU sebelum mereka boleh meninggalkan hospital. Selepas bayi pramatang dilahirkan, pakar neonatologi menilai mereka untuk menentukan jenis penjagaan yang mereka perlukan.

Beberapa keadaan masalah kesihatan yang paling biasa yang mempengaruhi bayi pramatang ialah:

  • Anemia, atau tidak mempunyai cukup sel darah merah yang sihat.
  • Apnea pramatang, atau Lelah sementara dalam pernafasan.
  • Displasia bronkopulmonari, sindrom gangguan pernafasan atau paru-paru yang kurang berkembang. Bayi pramatang biasanya bernafas dengan bunyi yang kuat
  • Pendarahan intraventrikular, atau pendarahan dalam otak mereka.
  • Jaundis bayi baru lahir atau hiperbilirubinemia, yang bermaksud terdapat tahap bilirubin yang tinggi dalam darah mereka.
  • Necrotizing enterocolitis, atau keradangan usus mereka.
  • Sepsis neonatal, atau jangkitan darah.
  • Patent ductus arteriosus (PDA), atau aliran darah yang tidak normal di dalam hati mereka.
  • Retinopati pramatang, atau saluran darah yang kurang berkembang di mata mereka.
Bayi pramatang juga berisiko tinggi menghadapi cabaran perkembangan semasa zaman kanak-kanak. Mereka mungkin mempunyai masalah kesihatan di kemudian hari, termasuk:
  • Cerebral palsy.
  • Masalah pendengaran dan penglihatan.
  • Ketidakupayaan pembelajaran.
  • Pertumbuhan yang lemah.
  • Masalah komunikasi atau pembangunan sosial.

 

BILA BAYI SAYA PERLU MELAWAT DOKTOR?

Bayi anda harus berjumpa pakar pediatrik dalam masa 2-4 hari selepas keluar dari hospital.

Ramai bekas bayi baru lahir masih terus berjumpa pakar — termasuk pakar neonatologi, pakar neurologi, pakar oftalmologi dan ahli terapi fizikal — selama beberapa tahun untuk mengukur penglihatan, pendengaran, pertuturan dan kemahiran motor mereka.

Bawa bayi anda berjumpa doktor sekiranya mempunyai simptoms tersebut:

  1. Sukar bernafas dan batuk
  2. Tangisan yang sangat panjang dan meradang
  3. Muntah apabila minum susu
  4. Dilihat lemah dan hanya tidur
  5. Demam 
  6. Kulit bayi menjadi biru atau bertukar hitam


MINUM SUSU DAN DIET

  1. Sesetengah bayi pramatang boleh minum susu dari ibu atau botol. Yang lain mempunyai masalah tidak boleh menghisap, menelan, dan bernafas dengan betul. Anda boleh perah susu ibu dan beri minum susu menggunakan Tube Feeding untuk sementara. 
  2. Pada awalnya bayi pramatang minum 50-60ml setiap 2-3 jam sekali.
  3. Basuh tangan anda sebelum penyusuan, sekiranya minum susu formula, hendaklah menggunakan botol yang bersih (steril).
  4. Adalah baik untuk mula memperkenalkan makanan lembut kepada bayi pada usia pembetulan 4 bulan. contohnya bayi anda lahir pada usia 7 bulan kandungan (kandungan biasa 10 bulan). Usia 4 bulan pembetulan adalah 3 bulan yang tertinggal + 4 bulan usia mula diperkenalkan makanan lembut= 7 bulan setelah bayi lahir mula makan makanan lembut.

JAGA SUHU BADAN

Oleh kerana bayi pramatang mempunyai kurang lemak badan, mereka biasanya perlu dibalut untuk mengawal suhu mereka dengan betul. Suhu bilik hendaklah antara 21ºC dan 24ºC; bayi yang baru lahir hendaklah tidak terlalu sejuk atau terlalu panas. Suhu badan normal mereka antara 36.5ºC dan 37ºC. Dalam susu sejuk , bayi menggunakan Kalori untuk meningkatkan susu badan, ini menyebabkan mereka semakin kurus dan tidak naik berat badan; dalam suhu persekitaran panas bayi pramatang berisiko mendapat sindrom kematian bayi mengejut.

TIDUR

Bayi yang baru lahir biasanya tidur antara 16 dan 18 jam sehari, dan bayi pramatang mungkin tidur lebih banyak lagi. Mereka harus dibaringkan di belakang mereka (dalam posisi terlentang) dan tidak boleh ada mainan atau objek lain di dalam buaian.

MENERIMA LAWATAN

Adalah disyorkan untuk mengehadkan lawatan, terutamanya pada Awal, beritahu kawan dan saudara anda tidak menerima lawatan. Dan mengelakkan sentuhan dengan sesiapa sahaja yang mempunyai penyakit berjangkit atau selsema. Jika seseorang menghidap penyakit pernafasan, mereka tidak boleh lebih dekat daripada 2 meter dengan bayi yang baru lahir, dan mereka mesti mencuci tangan dengan kerap untuk elakkan penularan penyakit melalui objek yang mereka sentuh dengan tangan kotor. Elakkan merokok.

3 bulan pertama dirumah, usah bawa bayi keluar ke tempat awam. 

RANSANGAN NEURO-SENSORI

Bayi yang baru lahir harus menerima rangsangan untuk memudahkan perkembangan saraf mereka. Atas sebab ini, hubungan antara bayi dan ibu bapa adalah asas wajib. Mereka harus bercakap dengan bayi dengan lembut, memegangnya, dan bermain dengannya.

PENJAGAAN KULIT BAYI PRA-MATANG

Penjagaan kulit untuk bayi pramatang melibatkan penggunaan produk lembut dan mengelakkan rengsa.

  1. Gunakan lampin penyerap berkualiti tinggi yang direka untuk bayi pramatang
  2. Gunakan kapas atau kain muslin yang lembut dan licin untuk peralatan tempat tidur dan pakaian
  3. Elakkan mandi buih, yang boleh menghilangkan minyak semula jadi. Anda boleh gunakan FRESH Soap Najlaa atau Multi-Wash Najlaa yang direka khas untuk sakit kulit.
  4. Elakkan produk dengan pewangi, dan agen antibakteria
  5. Hadkan mandi kepada 2-3 kali seminggu
  6. Gunakan air kosong dengan pembersih neutral pH . Anda boleh membasuh muka, leher dan bahagian bawah bayi anda dengan kapas yang direndam dalam air suam
  7. Kulit bayi pramatang, nipis dan kurang lemak. Jika kulit kering anda boleh sapukan Nutrien Oil Najlaa untuk melembapkan kulit bayi dan pertumbuhan kulit baru yang lebih sihat.
  8. Jika bayi kurang sihat anda boleh guna Herbal Oil Najlaa atau Essence Rub (Baby Balm) Najlaa disapu nipis-nipis pada tapakn kaki bayi.

Tuesday, February 25, 2025

PANDUAN "TOILET TRAINING" UNTUK ANAK ANDA

 “TOILET TRAINING ATAU POTTY TRAINING” ialah proses mengajar kanak-kanak menggunakan tandas. Ia merupakan peristiwa penting bagi membantu kanak-kanak menjadi lebih berdikari.

BILA NAK MULA

Biasanya kanak-kanak tidak boleh mengawal rasa ingin membuang (tindakkan reflex semata-mata) sehingga usia satu tahun, disebabkan itu mereka perlu menggunakan lampin. Kanak-kanak biasanya bersedia untuk Toilet Training pada umur satu setengah sehingga 3 tahun.

Ciri kanak-kanak yang bersedia untuk Toilet Training seperti: 

  • 1) boleh mengikut arahan, 
  • 2) memahami penggunaan tandas, dan 
  • 3) pastikan lampin kering selama beberapa jam. 
  • 4) Anak tidak lagi selesa membuang ke dalam lampin, merasa geli dan tidak suka 
  • 5) Anak tidak lagi mahu menggunakan lampin

BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN

  1. Buat rutin ke tandas sepanjang hari. Contohnya ke tandas 3-4 jam selepas makan dan minum.
  2. Bawa anak anda ke tandas apabila mereka memberitahu ingin ke tandas.
  3. Gunakan kerusi tandas dengan sokongan belakang dan sandaran tangan supaya anak merasa selamat. Ajar bagaimana untuk flush setelah selesai.
  4. Tanyakan kepada anak, samada dia rasa ingin terkencing atau terberak, bawa ke tandas jika mempunyai symptom. Ini melatih anak mengenal rasa ingin membuang.
  5. Hentikan penggunaan lampin disiang hari. Galakkkan anak ke tandas jika ingin membuang. Setelah pandai, mungkin anda perlu menghentikan penggunaan lampin diwaktu malam.
  6. Pastikan latihan tandas positif.

FAEDAH

Latihan tandas membantu kanak-kanak mengembangkan harga diri.

Ia juga memberi kebebasan kepada penjaga daripada lampin dan kebimbangan pembuangan najis dimerata-rata tempat.

APA YANG ANDA TIDAK BOLEH LAKUKAN SEMASA TOILET TRAINING?

  1. Toilet Training tidak boleh dilakukan dalam suasana anak tidak bersedia. Contohnya ketika majlis kenduri, perjalanan panjang,  kerana dia tidak tahu dimana toilet.
  2. Jangan lakukan ketika anak belum bersedia.
  3. Jangan marah anak seandainya dia tidak sempat ke tandas, lalu membuang dilantai. Sabar dan ajar anak untuk mengawal diri.
  4. Jangan paksa anak kencing atau membuang najis, jika dia tidak mempunyai rasa untuk membuang.
  5. Jangan guna ubat-ubatan atau laxative sebagai alat bantu Toilet Training.


PRODUK PENJAGAAN BAYI NATURAL 

Tunggak kebahagiaan hidup kanak-kanak adalah Sihat. Justeru Najlaa Baby Skincare, adalah produk penjagaan bayi revolusi yang membawa misi khas Sentiasa Selamat, Berkesan, Semulajadi dan Sihat untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan produk Order, Klik : STOKIS DAN AGEN NAJLAA